Cara Pilih Aircond Untuk Kediaman. Bagi yang merancang untuk membeli penghawa dingin atau aircond mesti mencari review atau maklumat dari internet mengenai aircond yang terbaik. Selalunya mencari Brand aircond yang terbaik dan mencari aircond yang sejuk serta mencari testimoni pemilihan aircond yang kurang memberi masalah. Cara pemilihan aircond yang mudah sebenarnya perlu membuat beberapa step bagi pemilihan yang optimum dan memuaskan.
Sekiranya pemilihan aircond dibawah keperluan sebenar setiap bilik akan menyebabkan aircond kurang sejuk atau terpaksa berkerja kuat dan akhirnya akan menyebabkan aircond mudah rosak.
Pertama pengguna perlu mengira keperluan Aircond. Keluasan bilik atau keluasan ruang yang dirancang untuk memasang aircond perlu dikira. Cara yang paling mudah dengan mengira jumlah jubin atau tiles di bilik berkenaan. Contohnya panjang bilik mempunyai 15 jubin dan lebar bilik mempunyai 10 jubin. Jumlah keluasan bilik adalah 10 x 15 bersamaan dengan 150 kaki persegi @ 150sq.ft. Pengiraan Keperluan Aircond
Kedua, keluasan bilik berkenaan didarap dengan 60btu/hr bagi setia 1 sq.ft Jadi keperluan bilik adalah bersamaan dengan 150 x 60 = 9000btu/hr.
Ketiga, setelah pemilihan horsepower(hp) aircond boleh dilakukan seperti anggaran dibawah: Pemilihan Kapasiti Aircond
Keempat, senaraikan model yang ada dipasaran bagi pemilihan aircond berdasapkan spesifikasi yang telah dipaparkan. Beberapa perkara penting seperti model, air flow (cfm) bagi kelajuan udara aircond, waranti yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti waranti kompressor serta general waranti yang meliputi perkakasan aircond berkenaan. Pemilihan Energy Efficiency Ratio (EER) juga penting bagi penggunaan elektrik yang rendah. Seeloknya pilih aircond yang mempunyai EER yang melebihi 12. Bagi pengiraan manual, EER boleh diperolehi hasil bahagi Kapasiti Aircond dengan input Power.
Kelima, boleh beli aircond yang dimahukan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Keupayaan yang diberikan seperti anti-nyamuk atau anti-bakteria adalah satu kelebihan berdasarkan harga dalam lingkungan bajet. Harga yang dipaparkan oleh pembekal atau kedai elektrik selalunya tidak termasuk kos upah. Kos upah bagi aircond lebih kurang RM200 - RM350 berdasarkan horsepower dan jenis gas. Akhir sekali, nikmati masa tidur anda dengan lebih selesa.. Opsss.. jangan lupa sebelum tidur buat adab tidur dulu ye.. hehe
kredit : untongla
No comments:
Post a Comment