MAWADDAH WAA-RAHMAH

Wednesday, September 12, 2018

Permohonan bekalan meter TNB
Permohonan bekalan elektrik tiga fasa (3phase ) adalah untuk penggunaan bebanan melebihi 11 kWh. Kebiasaan untuk pengunaan bebanan elektrik adalah tinggi contoh rumah semi-d, rumah banglo, kondominium dan premis perniagaan.
Pengguna juga boleh membuat permohonan naik taraf (upgrade 3 phase) jika penggunaan bebanan elektrik 1 fasa sedia ada bertambah yang memerlukan naik taraf ke bekalan tiga fasa.
Cara untuk permohonan baru meter elektrik ke TNB pengguna perlu membuat permohonan melalui kontraktor yang berdaftar dengan suruhanjaya tenaga. Jadi pengguna perlu pastikan melantik hanya kontraktor yang berdaftar sahaja untuk menguruskan permohonan ke TNB.
Dokumen yang diperlukan adalah:
1.  Salinan geran atau perjanjian jualbeli (S&P) atau Perjanjian sewa (Tenancy aggrement) atau cukai pintu.
2. Salinan kad pengenalan (permohonan atas nama individu) atau kad pengenalan salah seorang pengurus/pengarah (permohonan atas nama syarikat)
3. Salinan daftar syarikat SSM borang 49 dan borang 9 (jika atas nama syarikat Sdn Bhd) atau borang daftar perniagaan, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik (jika atas nama peniagaan pemilik tunggal atau perkongsian.

Untuk mendapatkan perkhidmatan kami atau sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami :

Amri Anuar : 017 271 8092











No comments:

Post a Comment